Seekor keluang

Seekor keluang

Wednesday, March 10, 2010

Selamat datang...

Saya bekerja di daerah Romping, di Muadzam Shah, Pahang. Biasanya seboleh mungkin kalau saya balik kampung di Besut, saya akan ke Pantai Bukit Keluang.
Molek pantainya, dan suasana setakat ini masih semulajadi. Kepada orang luar, dari Bandar Jerteh kalau berkereta dalam 30 minit kot boleh sampai, boleh menggunakan jalan ke Kuala Besut atau laluan ke Kampung Raja.

Bukit Keluang sebuah bukit menghadap ke laut (banyak keluang kot sebab tu panggil Bukit keluang, saja buat andaian tanpa kaji selidik, he he he). Bukit ni lain daripada yang lain, ia berlokasi di tepi pantai, muka bukitnya yang menghadap ke laut, berkecai dipukul ombak. Dan untuk mendramatikan lagi keadaan, pihak Majlis Daerah Besut sudi membina jambatan kayu dicelah batu-batu, boleh berjalan meninjau kawasan semulajadi.

Di atas satu kemuncak ada gazebo, kalau kita berani naik ke atas gazebo tu, daripada gazebo atas tu nampak lebih jelas laut yang terhampar dan kepanjangan pantai. Kalau yang gayat tak payahlah naik, nanti tak boleh bernafas dengan sejahtera kat atas, tak payah nak tunjuk hero. Dulu pernah jugak saya naik dan rasa sesak nafas bila ada di atas. he he he.

Semenjak kecil, semenjak masa berlalu keindahan pantai ni ada pasang surutnya, kadang terjaga, kadang tidak. Mungkin bergantung kepada budjet tahunan Majlis Daerah Besut dan personaliti yang dipertua majlis daerah atau pegawai daerah kot (andaian lagi...). Sebagai local government tentu mereka ada tanggungjawab yang lebih berat selain daripada mencantikkan alam sekitar.

Secara peribadi, bila dah lama bekerja di tempat orang, barulah sedar yang bukit keluang ini sangat cantik. Dulu tak berapa sedar sebab daripada kecil selalu pergi, jadi dah biasa sangat.
Dan sebenarnya di Bukit Keluang ini banyak juga memberikan kenangan pahit manis kepada saya. Masa kecil-kecil bila mula mengenali dunia, dibawa berkelah sekeluarga ke pantai.
Masa-masa dewasa, pabila hati remuk redan, saya ke sini juga...