Seekor keluang

Seekor keluang

Tuesday, April 19, 2011

Kenangan di Bukit keluang

Gembira rasa,
Waktu kecil hingga dewasa
daripada belajar jadi dewasa
hingga terpaksa jadi dewasa
bersama waktu seiring masa...

Oh Indahnya pemandangan di Bukit Keluang
Pantai nan menguning bersih
Aras airnya pasang surut,
terkadang gelombang.

Oh sejuknya bila musim tengkujuh tiba
muram, gelora ombaknya...
angin tidak berbahasa...membisa

La la la, la la la...la la laaa la lala.
masa terus berlalu tak dapat kulupakan
semasa bersama di Bukit Keluang.
Ketawa berdekah,
di gigi pantai yang indah...

(Sajak ala 60 an, he he he)

Pada usia tua...



Pada usia tua saya nanti, saya akan selalu kerap ke sini. Saya berharap dapat habiskan usia tua saya di tanah Besut. Menyumbang bakti sedaya mampu. Masa muda ini saya merantau di tempat orang.
Pada usia tua saya akan selalu ke sini untuk mengkagumi ciptaan tuhan. Walaupun bukan semua indah sayaberkekalan tetapi tuhan pernah memberi... Pada masa tersebut saya mungkin sudah matang dan tidak akan banyak bertanya lagi pada tuhan.
Pada masa tersebut saya tidak lagi menyesali kekurangan diri kerana saya bersyukur orang lain lebih-lebih lagi kekurangan hidup mereka.
Pada masa tersebut saya akan tertawa kecil bila mengingati kebodohan diri yang pernah saya lalui dalam hidup.
Saya akan cuba belajar dengan tekun, tentang berterima kasih dan simpulan takdir...
Saya nanti tidak akan perlu rasa terhina lagi... kerna telah tahu harga diri...

Bukit di tepi pantai...

Daripada jauh nampak bukit ni di tepi pantai letaknya...

Bukit yang menghadap Laut China Selatan ini dinamakan Bukit Keluang. Saya tidak tahu kita ada berapa bukit di Malaysia yang letaknya di tepi pantai.
Udara di sini segar (kalau nak banding dengan udara Lembah Kelang), udara ni telah menyeberangi lautan yang luas. Ditapis bayu.
Jika mahu bergambar dengan bukit ni secara keseluruhannya, kita harus berjalan kaki jauh lagi.
Buat masa ni setakat ni jelah gambar bukit tersebut. Yang penting nampak muka bukit tu dipukul pantai, cuba bayangkan bila monson tiba... Muka bukit ni tak putus-putus dipukul ombak, ibarat rindu yang tak berkehabisan...

Jika rindu dapat dilihat...

Kalau rindu dapat dilihat, mungkin macam gambar di bawah kut. Gambar ini saya ambik daripada atas gazebo pada waktu hening petang yang sunyi... Saya cuma nampak pukulan ombak lesu je apabila senja melabuhkan layarnya.


Dan letih sinaran mentari membangkitkan perasaan semacam je, termasuk resah gelisah dalam mencari diri. Entah mengapa apabila saya datang ke sini, saya boleh melihat rindu...melihat janji dia...

Wednesday, January 26, 2011

kawan dan pelajar saya

Semasa saya bertugas sebagai guru di PPYIT, petang-petang jika masa terluang saya akan ke Pantai Bukit Keluang dengan kawan-kawan dan para pelajar
Gambar di bawah ni saya bersama Cikgu Kerri dan Cikgu Haznam. Juga bersama pelajar saya Minor, Ramzie, Din dan Mazran.





Saya suka gambar ni, tanpa ubahsuai gambar ni sangat cerah warnanya... Ia dipukul waktu petang...